[Event "?"] [Site "?"] [Date "????.??.??"] [Round "?"] [White "?"] [Black "?"] [Result "*"] [SetUp "1"] [FEN "8/k1q2pp1/pp1rp3/3n4/P7/1R4PP/2P1Q1B1/6K1 w - - 0 1"] [PlyCount "17"] {Basic BISHOP Vs KNIGHT Dalam posisi ini Bishop di g2 merupakan Bishop kuat kerana hitam tidak mempunyai bishop putih yang mengawal diagonal panjang h1-a8. Hitam ada kuda yang menduduki outpost di d5 tetapi posisinya di situ adalah tidak stabil kerana boleh dihalau dengan c4. Sebelum menggerakkan buah anda digalakkan untuk meneka move yang akan dibuat oleh putih untuk mendapatkan latihan yang baik. Jangan gerak sehingga anda nampak apa yang berlaku.} 1. c4 {c4 sangat jelas kerana dengan c4 putih membuka ruang untuk diagonal panjang.} Ne7 {lebih baik daripada Nf6 kerana di e7 hitam boleh bermain Nc6 bagi menutup kelemahan yang ada di sepanjang diagonal h1-a8. Apa yang patut dibuat oleh putih? Sekiranya hitam berjaya menutup dengan Nc6 sebahagian masalah hitam selesai.} 2. Qf3 {[%CAl Gf3a8,Gf3f7] Serangan bercabang di petak a8 dan f7} Qc6 3. Qxf7 Qc5+ 4. Kh2 Rd1 {[%CAl Gc5g1] Hitam mengancam untuk checkmate di g1. Apa yang patut dibuat olleh putih?} 5. Re3 $1 {Menghalang dari checkmate. Rook juga tidak boleh dimakan kerana putih sendiri mengancam untuk mematikan king hitam.} b5 {Hitam cuba membuka lebih banyak ruang untuk rajanya.} 6. Qxe6 $1 {Anda perlu selalu memikirkan pergerakan seperti ini. Defensif dan ofensif dalam satu pergerakan. Apa-apa pergerakan yang mempunyai banyak tujuan maka itu adalah pergerakan yang baik. Selalu ingat dan aplikasikan ke dalam permainan anda.} Nc8 7. a5 {Di sini ada banyak gerakan yang baik tapi a5 lebih mudah bagi manusia berfikir. a5 menjadikan raja hitam lebih sempit. axb5 dan cxb5 juga baik.} Qc7 {Menjaga rank tujuh dari diceroboh} 8. Qe4 {[%CAl Ge4a8] Ya, luka lama kembali berdarah. Petak a8 penyakit yang sukar diubat.} Qb8 9. Qg4 {[%CAl Gg4d1,Gg4g7] Serangan bercabang begini sepatutnya mudah untuk kita lihat, namun percayalah sekiranya anda tidak rajin untuk membuat latihan mata anda sukar untuk melihat ppergerakan seperti ini. KESIMPULAN 1. Bishop memerlukan diagonal yang terbuka untuk kesan yang lebih efektif. 2. Gunakan prinsip forced move kerana ianya senang diguna dan memaksa pihak lawan supaya tidak ada banyak pilihan malah sentiasa terpaksa memilih pilihan yang betul. Ini boleh menjadikan lawan tertekan dan membuat kesalahan. 3. Gunakan prinsip serangan bercabang (fork) 4. Gunakan prinsip serangan dua kelamahan (principle of two weaknesses)} *