[Event "?"] [Site "?"] [Date "????.??.??"] [Round "?"] [White "?"] [Black "?"] [Result "*"] [SetUp "1"] [FEN "4rrk1/pp2pp1p/3p2p1/q1nP1P2/3Q4/1B5P/PPP3PK/4RR2 b - - 0 1"] [PlyCount "2"] {[#] RUANG YANG DITINGGAL Catur adalah permainan logik. Ianya menyerupai kehidupan harian yang kita lalui. Apa yang kita biasa lakukan boleh diaplikasi ke dalam catur. Sebagai contoh.. Kenapa kita tak digalakkan untuk post di media sosial sewaktu kita sedang bercuti? Kita boleh post momen itu selepas kita kembali semula ke rumah. Jawapannya mudah, iaitu kita memberi tanda jelas (hint) kepada pencuri bahawa tiada orang di rumah. Sama juga dalam catur apabila sesuatu pergerakan dibuat kita memberikan jejak yang jelas kepada lawan, ada ruang yang telah ditinggalkan. Cuma dalam catur jejak itu tak boleh dibawa ke hadapan sepertimana kita boleh post momen indah percutian kita di media sosial 2 minggu akan datang sebagai contoh. Segalanya berlaku depan mata. Ini membuka ruang kelemahan kita dan juga kelebihan kepada kita kerana pihak lawan juga menghadapi masalah yang sama. Kita akan lihat lebih lanjut apa yang saya cuba sampaikan dalam game di bawah.} 1... Nd7 {[%CAl Ge1e8,Gf1f8] Hitam melihat bahawa putih mempunyai kelebihan di file e dan f. Pawn putih di f5 pada bila-bila masa boleh membuka file tersebut dengan fxg6. Bishop di b3 boleh jadi bahaya sekiranya diagonal a2-g8 terbuka, atau Bishop itu boleh digunakan di diagonal b1-h7 dengan bermain c3. Oleh kerana itu hitam bermain Nd7 ke e5 kerana petak e5 adalah petak outpost yang sangat baik untuk kuda. Jika misi ini tercapai maka hitam dapat meneutralisasikan serangan putih dengan jayanya. Sekiranya anda bermain putih apa yang anda lakukan? Kita telah belajar tentang prohylaxis dan sekarang sedikit sebanyak kita telah mengetahui bagaimana untuk berfikir secara prophylaxis. Cuma alat (tools) untuk menolong kita berfikir secara prophylaxis itu harus dipertajam. Perhatikan, apabila kuda bergerak ke d7 apa ruang atau apa petak yang telah ditinggalkan? Putih cuma perlu cari plan yang kuat untuk itu. Kuda sebentar tadi ada di c5. Ia mengawal petak e4 dan a4. Ini petunjuk yang sangat jelas. Putih boleh menggunakan petak e4 dan a4 kerana rumah itu telah kosong. Sebgai contoh, putih boleh bermain Re4 ke h4 untuk memperkuat serangan. Selain itu petak a4 juga boleh digunakan untuk pin kuda hitam dan seterusnya menukar kuda dengan bishop kerana kuda itu lebih aktif berbanding bishop putih. Namun plani ini ada kelemahan kerana setelah b5 Bishp itu terpaksa kembali ke b3. Seringkali dalam catur kita tidak punya fleksibiliti dalam berfikir. Sebagai contoh kita hanya fikir Bishop ke a4 dan kita tolak (reject) Qa4. Ini biasa berlaku kerana kita manusia. Tapi dengan latihan yang cukup kita boleh nampak pilihan pergerakan yang lebih banyak.} 2. Qa4 $3 {Bukan sahaja hitam perlu tukar queen tapi pawn di e7 terpaksa diserahkan kepada putih kerana mengelakkan daripada hilang kuda di d7. Anda boleh melihat banyak contoh di dalam banyak game klasik yang telah lalu. Lagi banyak anda melihat anda lebih faham dengan apa yang saya cuba sampaikan.} *