[Event "Bayern-chI Bank Hofmann 1st"] [Site "Bad Wiessee"] [Date "1997.11.23"] [Round "9"] [White "Waitzkin, Joshua"] [Black "Blatny, Pavel"] [Result "1-0"] [ECO "C26"] [WhiteElo "2435"] [BlackElo "2555"] [Annotator "uncle"] [PlyCount "121"] [EventDate "1997.11.15"] [EventType "swiss"] [EventRounds "9"] [EventCountry "GER"] [SourceTitle "CBM 061 Extra"] [Source "ChessBase"] [SourceDate "1998.03.09"] [SourceVersion "1"] [SourceVersionDate "1998.03.09"] [SourceQuality "1"] {[%evp 0,121,16,28,38,44,16,5,28,-38,-50,-57,-20,-20,-24,-17,-4,8,8,-30,-10,-8,13,8,27,21,6,6,-6,-2,22,17,17,23,54,4,12,11,35,17,41,-13,-1,2,2,15,8,5,5,5,5,-16,-12,14,62,82,102,44,36,24,93,109,109,88,88,0,97,53,90,120,112,112,201,104,123,162,303,333,248,248,265,265,290,296,322,325,311,296,296,276,297,410,410,359,391,409,424,389,396,347,358,358,350,441,439,465,469,428,472,491,491,491,511,435,522,511,610,610,664,607,652,682,788,972]} {PEMIKIRAN PROPHYLACTICS Pemikiran prophylactics banyak terdapat dalam buku catur dan kadangkala kurang disampaikan dengan baik oleh penulis. Seringkali kita dengar nama-nama besar seperti Tigran Petrosian, Aaron Nimzowitch, Anatoly Karpov dikaitkan dengan prophylaxis dan kita cuba bermain mengikut cara GM ini. Sebenarnya semua GM bermain dengan prophylaxis. Ianya merupakan elemen terpenting untuk menang sesuatu permainan. Prophylaxis mengikut terma yang saya cadangkan mestilah merangkumi sekurang-kurangnya 3 perkara. 1. Menjangka gerakan pihak lawan 2. Mematahkan idea gerakan itu atau membiarkan idea lawan berjalan kerana ianya tidak serius 3. Merangka perancangan sendiri pasca prophylaxis. Ini idea yang paling penting kerana prophylaxis tidak ada makna hanya dengan mematahkan idea pihak lawan. Kita perlu merangka apa yang perlu dibuat atau apa yang kita dapat hasil dari prophylaxis tersebut. Kita akan lihat dengan lebih lanjut apa saya cuba sampaikan dengan melihat kepada game Waitzkin vs Blatny 1997 seperti berikut.} 1. e4 e5 2. Nf3 Nc6 3. Nc3 Nf6 4. g3 Bc5 5. Bg2 d6 6. d3 a6 {Seawal move 6 Blatny telah bermain seccara prophylaxis. Kenapa hitam bermain a6? Bishop hitam adalah piece yang penting pada posisi ini. Ia mengawal diagonal g1-a7 dengan baik. Putih jika diberi peluang, akan bermain Na4 untuk membunuh Bishop hitam. Bila Bishop kuat ini mati, Putih akan mendapat A)Kelebihan 2 Bishop B) Serangan hitam berjaya dikurangkan C)Putih boleh bermain f4 dengan lebih efektif Perkara yang perlu diingat dalam pemikran prophyactics ialah "Jika diberi peluang apa yang pihak lawan akan jalan"} 7. O-O Bg4 {Pergerakan provokatif. Batny mengharapkan agar putih bermain h3 dan seterusnya melemahkan struktur pawn di kingside. Perhatikan bila pawn h3 dimainkan, pawn g3 secara teknikalnya tidak dikawal. Selepas h3 hitam akan main Be6, Qd7 dan 0-0-0} 8. h3 Be6 9. Kh2 {Setiap kali pemain kuat bermain gerakan yang aneh, selalunya ia adalah pergerakan prophylaxis. Perhatikan kenapa Waitzkin bermain Kh2. Anda akan lihat banyak lagi contoh bila melihat kepada game klasik yang lain. Sebab itu penting melihat game klasik untuk kita mencuri idea-idea emas ini. Berbalik kepada game ini putih bermain Kh2 untuk menambah sokongan kepada pawn h3 dan melarikan diri dari diagonal g1-a7. Ini membolehkan f2-f4 pada fasa akan datang berkemungkinan untuk dimainkan. Selain itu gerakan ini juga menggagalkan plan hitam untuk bermain Qd7 dengan Ng4.} h6 {Perhatikan kenapa h6 dimainkan. Pada masa ini saya mengharap agar anda telah dapat faham apakah permainan prophylaxis ini. h6 menggagalkan putih untuk bermain Ng4. Ini memungkinkan gerakan Qd7. Perhatikan juga cara GM bermain. Mereka suka menjadikan posisi itu lebih banyak kemungkinan (option). Hitam boleh castling kingside mahupun queenside. Menyimpan banyak option adalah tanda-tanda pemain kuat.} 10. Be3 Bxe3 (10... Qd7 $5 {Menurut Waitzkin Qd7 lebih baik. walaupun selepas Bxc5 pawn hitam akan jadi bertindih (double pawn) tapi hitam lebih dinamik. c5-c4 juga boleh dimainkan pada bila-bila masa} 11. Bxc5 dxc5 12. Nh4 O-O-O) 11. fxe3 d5 12. Nh4 d4 13. exd4 Nxd4 14. Nf5 Bxf5 15. exf5 c6 16. Ne4 Nxe4 17. Bxe4 {Hasil dari variasi yang panjang ini kedua-dua GM menyangka bahawa merekalah yang mempunyai kelebihan. Di pihak hitam secara umumnya kita melihat putih mempunyai bad bishop kerana pawn putih sama warna dengan bishop dan ini menghadkan pergerakan bishop putih. Di pihak putih pula, walaupun kuda di d4 adalah piece yang kuat, tetapi ianya mudah dihalau dengan c3. Nd4 juga sangat-sangat tidak stabil kerana selepas a4 kuda tersebut akan terperangkap. Hitam nampak idea putih dan bermain Nb5.} Nb5 18. f6 $1 {Mungkin kita kata ini adalah pergerakan serangan. Putih korbankan satu bidak untuk memecahkan benteng pihak lawan dan kemudian mula berfikir apa langkah seterusnya. Tapi sebenarnya ini adalah pergerakan prophylaxis! Masih ingat apa yang saya kata prophylaxis bermula dengan pertanyaan "Jika diberi peluang apa yang pihak lawan nak buat?" Di sini hitam mempunyai idea yang kuat, iaitu 18..Qf6 (blockade). Pawn putih disekat di f5, seterusnya hitam bermain Nd6. Ini menjadikan secara psychology putih mempunyai tekanan lebih daripada hitam. Apa maksudnya? Maksudnya ialah dalam setiap variasi yang putih fikir, dia akan sentiasa perlu mengira Nxf5 dan Nxe4. Ini akan memberikan sedikit kelebihan kepada hitam. Dalam catur kesemua kelebihan ini perlu diambilkira kerana catur juga adalah simulasi perang yang sebenar. Jangan letakkan diri anda di keadaan yang kurang selesa.} g6 19. Qd2 {Sekali lagi prophylaxis! Hitam jika diberi peluang akan bermain 0-0, Kh7 dan dengan perlahan-lahan akan serang pawn putih di f6 dengan Re8-Re6 dan Nd6-Ne8. Pawn putih yang tadinya kelihatan seperti panglima perang di tengah medan, kini seperti seekor singa yang dekelilingi segerombolan dubuk. Sebab itu bila berlawan dengan orang kuat kenapa kita mudah kalah? Gagal membaca plan adalah puncanya.} Qd6 20. b4 $5 {Dengan masa yang cukup hitam akan bermain Nd4 dan Ne6. Seterusnya hitam akan bermain 0-0-0. Putih perlu berbuat sesuatu sebelum hitam menjadi lebih selesa. Jadi b4 adalah jawapannya. Dengan bermain b4 putih bermain dengan idea hitam iaitu 0-0-0. b4 diikuti dengan a4 dan b5 akan menjadikan King di queenside sedikit goyang.} Qd4 21. Bg2 {Dalam catur setiap gerakan pawn akan mempunyai akibat yang tersendiri. Bila b4 dimainkan putih hilang kawalan terhadap petak c3. Hitam mengambil peluang tersebut dengan meletak Queen di d4 dan seterusnya mengawal petak-petak tengah dengan major pieces. Ini dipanggil (centralisation). Kenapa Bg2 dimainkan? Ya.. pergerakan prophylaxis. Hitam punya rancangan Nd6 mengancam Be4 dan sekiranya putih gerak ke Bg2 maka hitam ada gerakan Nc4 (serang Queen) dan seterusnya Ne3 attack bercabang (fork) Rook dan Bishop} O-O-O 22. a4 Nd6 23. Rfe1 $1 {itam dengan selambanya membiarkan plan putih dengan bermain 22..0-0-0 dan menjangkakan bahawa 23.b5 adalah 1 kesilapan. Selepas 23..axb5 24.axb5 Nxb5 putih tak mempunyai serangan yang berbisa malahan hilang satu bidak. Perhatikan hitam bermain prophylaxis dan dan mempunyai gerakan kesinambungan yang bahaya iaitu Nc4-Ne3. Oleh itu Re1 merupakan prophylaxis yang berkualiti. Kadangkala kita perlu membiarkan plan lawan berjalan. Contohnya di sini kita biarkan Nc4 berlaku. Namun Nc4 setelah Re1 bukanlah pergerakan yang berbisa kerana selepas Qc1, Kuda terpaksa berpatah balik ke d6 dan ianya hanyalah pergerakan yang sia-sia. Kadangkala prophylaxis bukanlah sentiasa menyekat idea pihak lawan sahaja. Ianya boleh juga membenarkan plan tersebut berlaku tetai berlaku dengan kelebihan kepada kita.} e4 24. b5 cxb5 25. axb5 Nxb5 26. c4 $1 {Bukan hanya gerakan serangan tapi ianya adalah gerakan prophylaxis yang kuat. Hitam bercadang untuk menggerakkan kuda ke d6 untuk meneuralkan Bishop putih di g2. Ini membolehkan hitam mengambil pawn f6 dengan percuma. Tujuan c4 yang paling utama ialah c5!! menghalang kuda untuk bertapak di d6. Anda boleh mengkaji game ini dengan lebih lanjut hingga ke akhir dan perhatikan sendiri bagaimana kedua-dua pemain kuat ini bermain prophylaxis!} Na7 27. Bxe4 Rd6 28. Rab1 Nc6 29. Qd1 Rhd8 30. Qb3 Qa7 31. c5 Rxf6 32. Bg2 a5 33. Qc3 Rf2 34. Kg1 Rf5 35. Rb6 Qb8 36. d4 Rg5 37. Kh2 Qc7 38. Reb1 Rgd5 39. Rxb7 Qxb7 40. Rxb7 Kxb7 41. Qc4 Nb4 42. Qb5+ Kc8 43. Bxd5 Rxd5 44. Qe8+ Kc7 45. Qxf7+ Rd7 46. Qxg6 Nc6 47. Qxh6 Rxd4 48. Qg7+ Rd7 49. Qf6 Rd2+ 50. Kh1 Kb7 51. Qf7+ Kc8 52. h4 a4 53. Qc4 a3 54. Qa6+ Kd7 55. Qxa3 Ne5 56. h5 Ke6 57. h6 Rd1+ 58. Kg2 Rd2+ 59. Kh3 Kf5 60. Qe3 Rd1 61. g4+ {KESIMPULAN Gerakan prophylaxis adalah gerakan penting pada setiap permainan catur. Anda perlu berjaya meramal gerakan pihak lawan dan seterusnya mencetuskan idea anda sendiri untuk memenangi permainan. Selalu melihat game klasik akan menjadikan anda lebih faham kepada idea prophylaxis dan seterusnya menerapkan idea terebut di dalam permainan anda. Selamat maju jaya!} 1-0